08042021
SARINGAN MAMMOGRAM PERCUMA
Apa itu Kanser Payudara?
Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat.
Kanser payudara bermula dari sel payudara dan ia adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.
Gejala -Gejala Kanser Payudara?
Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan. Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar adalah kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk berjumpa doktor dengan segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.
Bagaimana kanser payudara dikesan?
1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)– wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun.
Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.
2. Mammogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko.
Pemeriksaan bagi wanita yang mempunyai tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan.
Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
3. Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.
JOM DAFTAR SEKARANG! 🤩😍
#mammogram #saringanmammogram #kanserpayudara #mammogrampercuma #percuma
No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com